kasih sayang. love.
terharu aku. hmm. masa aku tgh tulis entry ni. aku tgh melihat.. seorg anak membersihkan tubuh ayahanda nya di ward acute ni. ayahnya patient post laparotomy.
hmm, actually, first jupe masa kt ER, kan. anak2 diek care sgt kat diek. sampaikan aku rasa sgt happy tgk suasana itu, dan aku terfikir... apekaha suatu hari nanti..aku akan melakukan perkara yg sama seperti apa yg di lakukan oleh anak lelaki patient aku ni. terharu beb.
tampak kasih syg seorg anak yg terhadap bapanya.. sob sob sob..
apekah kite pown akan seperti itu. aku berharap.. aku akan jadi seperti itu. sangat berharap dpt berbakti pada emak dan abah. amat berharap dpt membahgiakan mereka dgn kasih syg yg tidak terhingga. huuu. emosional laks jadi nyer ptg2 ni. hmm. bapak ni mmg dh tua. taw tak? now, bapak itu cam tgh sampaikan sesuatu kepada anaknya. hmm. betul2 aku teringat kt abah.
Dulu, penah abah msk hospital.. sbb demam panas. masa tu aku kecil lagik. balik ngaji ptg.. emak bawa g sepital jupe abah. ngee.
Pastu abah msk hospital lagik, masa tu aku kat Indonesia. huuu, di diagnosa sebagai Hernia Inguinalis. hmm. aku tade di sisi abah. Tapi syukur.. akak aku mmg dekat dgn emak dan abah. hmm. Itu lah sebab nya.. dulu kan. aku pernah mintak nk posting sabah dan sarawak taw. emak oke jek. tapi abah kata.."takyahlah.. jauh dgn abah dan emak." hmm. masa tu rasa nk menangis. ahahha. darn. kan aku dh menitiskan air mata dh. =p
hmm. abah byk bg kata2 yg buat aku terharu. mungkin sebab dlm family aku.. aku dan akak aku je anak perempuan. huuu. dulu, masa balik kenuri abg apis.. abah jek dh iron baju diek sendirik.. "bila aku tanye..die kata.." yela. abah dh ready awal2 semua. lgpun abah gembira ma balik umah." hmm. terharu woo. aku senyum jek. dlm hati.. hanya Allah je tahu.
hmm, tibe2 aku teringatkan arwah bapa Shuhada. Cikgu suhaimi iaitu kwn baek abah.. rakan masjid abah. hmm. dulukan Shuhada pown dpt wat medic kt Indonesia. tp ayah die tak kasi. abah aku tanyer kat abah die, nape tak kasi g Indo.. " abah shuhada kata.. tak bagi sbb 6 thn, aku takut masa aku mati anak aku takde.." hmm. dan korg tahu tak.. mmg benar ayah die meninggal masa lom abes study klu die amek medic. Kenyataannya, bapa Shuhada pergi ke rahmatullah seminggu sebelum Shuhada dpt gaji pertama sbg opthalmologist.
Kebetulan, semasa pemergian ayahnya.. aku sedang bercuti. aku menziarahi nya.. hmm. sayu.. aku peluk diek.. tak terkata apa2..dia menangis. hmm. sayu.
Aku takut, yer.. aku sgt takut. Setiap kali aku kt airport..aku lihat wajah emak dan abah.. mmg aku rasa nk nangis sgt2. wajah2 mereka.. hmm. aku takut klu perpisahan aku dgn mereka di airport itu..merupakan pertemuan terakhir. kerna.. aku atau mereka..kita semua akan pergi jua. cuma bila masanya sahaja..yg kita tidak tahu kan. Setiap kali kt airport..pasti aku akan salam, peluk ciom emak dan abah. sayu. wajah diorg pown nampak sayu. Terutama abah, ntah kenapa.. dlm bab2 mcm ni.. abah lebih selalu berkata hal2 yg membuatkan kami adik beradik jd sayu.. Emak...hmm. adess. giler. tgh thn nk nangis ni. takkan nk nangis kt ruang akut ni. =p . hmm. klu emak.. aku plg sayu tgk..masa emak solat. tak tahu nape.. bila emak solat di sebelah aku.. aku terasa sgt dekat dgn emak. Klu kt umah.. aku akan teman emak g pasar, teman emak dan abah jogging, teman emak masak, teman emak g umah makcik aku. teman emak g masjid. teman emak. sob sob sob.. sedih. aku sgt rendu emak dan abah.
=(
sgt rendu.
huu, hargai emak dan abah kita..selagi mereka masih ada. Jika sudah tiada, hanya doa dan sedekah2 bacaan Al Quran yg tidak putus2 lah hadiah buat mereka. Kerna tiada kita tanpa emak dan abah. Membesarkan kita..penuh kasih syg.. biar susah..asalkan anak mereka senang.." apekah kau kau masih mau berpaling dari kedua ibu bapamu.. ? huu.. supaya kite jadi anak yg senantiasa mengenang budi..tidak durhaka.
short note
7 years ago
0 comments:
Post a Comment