Hidup ini sangat bervariasi. Hidup aku tidak sama dengan hidup kalian. Alhamdullillah, selama 25 tahun aku hidup sampai sekarang, aku merasa nikmat bahagia, nikmat mempunyai keluarga bahagia, cukup makan dan pakaian, hidup aku sempurna sebagai aku apa adanya. Tetapi kesempurnaan yang aku rasakan mungkin tidak sempurna buat sesetengah orang kan. Kerna hidup kita bervariasi. Dan ada juga yg merasa kesempurnaan hidup aku adalah suatu yg sgt diimpikan.
Menyelam sejenak. Kisah- kisah mereka yang aku temui di bumi Indonesia ini, tentu saja yang memberi kesan pada aku, dan buat kita lebih menghargai hidup, apa yang kita ada.. Sesungguhnya kita bertuah. Allhamdullillah.
Kisah 1 :
Beberapa bulan yang lalu semasa aku di posting Dermatology, ada program satu minggu di Rumah Sakit Kusta (penyakit Kulit yang boleh berjangkit melalui contact yang lama).Tentu semua takut, Pasti.. di Malaysia mungkin ada sisa 1- 2 orang sahaja, tapi di Indonesia memang aku boleh kata banyak. Hati aku sempat tersentuh, bila melihat mereka terpaksa melalui peyahan hidup menghadapi penyakit ini, sungguh Allah menguji hambaNya dengan pelbagai dugaan, Ini dugaan buat mereka. Mungkin dugaan kita berbeza. Seperti yang ustaz aku pernah cakap, "Allah akan menguji hambanya sesuai kemampuan nya menghadapi dugaan itu." Jadi bila Allah bagi uji kita, kita mampu atasi ujian itu. InsyaAllah. Melihat keadaan mereka, tanpa kaki, berkerusi roda.. dgn luka- luka di kulit.. ya Allah. bersyukurlah kita punya kulit yang tidak bermasalah seperti itu. Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.
Paling menyedihkan, kebanyakan patients di sana, di buang keluarga. Iya, memang penyakit ini boleh berjangkit. Hmm, tetapi apekah sanggup membiarkan seorang bapa sendiri di hospital.. ibu sendiri terlantar sakit. Ah,semoga aku tidak lupa akan kasih syg kedua orang tua ku, semoga kita tidak lupa. Dan paling penting semoga kita tidak ditimbah musibah seperti ini. Di sana, aku belajar untuk menghargai nikmat kesihatan yang Allah sudah beri.NIkmat mempunyai keluarga yang harmoni. Bayangkan , setiap pagi semasa ward round, check blood pressure pesakit- pesakit kusta ni, mereka akan sgt 'excited', gembira, bila di sapa..Assalamualaikum, selamat pagi, gmana kabarnya hari ini pak, ibu.. Itu sudah cukup. Dan mereka akan terus- terus berbicara kepada kamu..bercerita.bersenda gurau.. Gembira menerima tetamu, kerna mereka hanya ada mereka, di tempat khusus, kelihatan dekat dengan orang- orang..bukan seperti tahanan penjara. Tetapi hakikatnya, kehidupan mereka persis seperti banduan penjara. Hmm.
Sempat di sana aku berkenalan dengan seorang bapak, berumur sekitar 60 tahun, tua, berkerusi roda. Baik. Berkenalan denganku.. Ramah. Aku sangat terharu.pabila setiap kali aku bertemu dengan bapak itu, dia akan terus mengucapkan doa- doa ..semoga kami lulus dgn baik, bahgia dunia akhirat. ya Allah. dan aku balas dengan, semoga bapak sehat sejahtera, bisa bersama keluarga dan bahgia dunia akhirat.
Begitulah hidup, bila kita payah.. kita merasa kita sgt payah padahal kita tidak tahu ada orang yang lebih payah dari kita.
Kisah 2 :
Kisah aku dan supir angkot. Suatu petang, aku naik angkot bersama Zahra. Aku ajak zahra duduk depan, malas bersesak di bahagian belakang. OH, kebetulan supir angkot itu sangat ramah. Ramah tamah.. sehinggu mulut lenguh gak asyik ketawa dan tersengih. Haha. Hmm. Setelah berkenalan, seperti biasa.. peramah kan :p
Bapak angkot : ambil jurusan apa?
Aku : Kedokteran pak
Bapak angkot : Wah bertuah suami, jika sakit dirawat isteri.
Aku : Sengih jek la kan. hoho! dlm hati,semoga kalu org- org tersyg aku sakit, aku bersama mereka.
Bapak angkot : Ini ada pesan saya, supir angkot. Ntar udah jadi dokter, harus ramah sama orang.. senyum bertegur sapa, Kalu ramah sama seorang pasien aja..ntar 100 yang datang. Ya wes, bapak doakan kalian berjaya sukses.. lulus jadi dokter yang baik
Aku : amin..amin..pak. makasih.
~ dan mulalah sesi die bg teka teki dan semuanya aku dan zahra takleh jawah. wakakaka! :p
Dan nasihat terakhir supir angkot adalah, nanti kalau ada orang miskin tak mampu datang ke anda, tiada wang. Bagi gratis je (Free) ..Anda pasti mampu untuk itu.. Percaya, sekali anda bantu orang- seperti ini, beratus- ratus lagi keberuntunganya.
Huuu. terpana! Ya! Semoga nasihat- nasihat itu sentiasa aku ingat dlm hidup ini.
Terakhir, Terima kasih banyak bapak!!
hoho! byk laks kisah hari ni. Cukup lah.Terlalu byk kisah di sini. Nanti update lagi.
Oh, hanya sebuah catatan perjalanan aku!
short note
7 years ago
0 comments:
Post a Comment